
Waktu ini, kami sedang berehat sementara menunggu urusetia datang untuk menerima arahan seterusnya. Kami telah diminta untuk menyeberangi tasik tersebut dan memikirkan cara agar semua barang-barang dan ahli kumpulan selamat sampai ke seberang.

Seterusnya, kami perlu menyiapkan makanan tengahari secara ikhtiar hidup. Alhamdulillah, dapat juga menjamah nasi.

Tugasan seterusnya, kami perlu menyiapkan sebuah model menara peninjau. Setelah siap menara ini, kami menguji kekuatan menara tersebut. Alhamdulillah, menara ini berfungsi dengan jayanya.

Ketika ini, kami mendengar taklimat cara-cara berenang dan cara menyelamatkan mangsa lemas. Aktiviti ini paling ditekankan di dalam kursus kemahiran perkhemahan pada kali ini.
1 comments:
kursus kemahiarn yang amat berguna...
Post a Comment