Perkhemahan kali ini akan diadakan di Hutan Lipur Rantau Abang, Marang. Kawasan ini benar-benar akan memberi pengalaman kepada anggota ketika berada di dalam hutan di sebabkan keadaan di sini masih terpelihara flora dan faunanya.
Pemandangan hutan yang menyegarkan mata. Terasa nyaman bila berada di sini. Setiap anggota akan mengalaminya...
Di antara persembahan malam kebudayaan yang berlangsung.
Mantap sekali binaan gajet anggota banat. Kem komandan siap boleh berdiri di atas gajet tersebut. Tahniah!!!
Selain itu, semua anggota berpeluang untuk menaiki menara peninjau yang telah dibina di sini. Semasa sampai di puncak, majoriti anggota berasa gayat, dan tak kurang juga menggigil lutut. hehhe...